awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng

Bernama
Bernama
08/01/2019
07:23 MYT
Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
GUAN ENG: Kerajaan negeri Sarawak tidak akan mengakui kesilapan dan akan serang kerajaan Persekutuan untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak. - Astro AWANI/Fail
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar kerana tiada satu pun negeri yang menerima hasil cukai itu setakat ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menurutnya, kerajaan negeri Sabah juga telah menafikan dakwaan negeri itu telah menerima 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan tersebut.
"Kerajaan negeri Sarawak tidak akan mengakui kesilapan dan akan serang kerajaan Persekutuan untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak.
"Mereka menggunakan pembohongan dan dakwaan palsu untuk mencapai matlamat mereka. Saya tahu ini semua persiapan untuk Pilihan Raya Negeri dalam masa dua tahun," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan peruntukan RM25 juta di bawah Belanjawan 2019 untuk sekolah pondok berdaftar, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew menafikan dakwaan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 4 Jan lepas bahawa Sabah telah menerima cukai pelancongan daripada kerajaan Persekutuan.
Lim dalam kenyataan pada Ahad lepas berkata pengagihan 50 peratus hasil cukai pelancongan 2018 kepada semua kerajaan negeri akan dilakukan pada suku pertama 2019.
Mengenai laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini bahawa China menawarkan untuk menebus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai balasan bagi perjanjian projek kereta api dan saluran paip minyak dan gas di bawah inisiatif 'Belt dan Road', Lim berkata beliau tidak tahu mengenai isu tersebut.
"Saya perlu merujuk kembali sama ada terdapat sebarang butiran yang diperkatakan secara terperinci. Sekiranya dinyatakan dalam bentuk hitam putih maka ia adalah sesuatu yang kita perlu siasat," katanya.
Menurut laporan itu, kerajaan pentabiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memeterai pinjaman berjumlah US$2.3 bilion (RM9.3 bilion) daripada Export-Import Bank of China pada 2016 bagi membiayai pembinaan dua saluran paip gas di negara ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#1MDB
#cukai pelancongan
#Lim Guan Eng
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan