awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak lancar cip AI generasi baharu hujung September

Bernama
Bernama
31/08/2025
14:30 MYT
Sarawak lancar cip AI generasi baharu hujung September
Abang Johari berkata cip baharu berkenaan mempunyai kapasiti lebih tinggi berbanding peranti terdahulu. - Gambar Facebook UKAS
SARIKEI: Tidak cukup dengan KETEQ AI, Sarawak bakal melancarkan satu lagi peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI) hujung September ini sebagai langkah merealisasikan visinya menjadi pencipta teknologi yang memberi nilai tambah kepada sumber negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cip baharu berkenaan mempunyai kapasiti lebih tinggi berbanding peranti terdahulu.
"Peranti ini akan menambah nilai kepada apa yang disebut sebagai AI power chip. Ia generasi baharu yang dicipta anak Sarawak melalui Sarawak Microelectronic Design (SMD) dengan kerjasama CSA Catapult, United Kingdom," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, di sini, hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafa dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Pada April lepas, Abang Johari melancarkan KETEQ AI di Cardiff, United Kingdom, yang kini menunggu pendaftaran harta intelek (IP) sebelum dikomersialkan melalui kolaborasi dengan rakan industri.
Selain itu, Sarawak turut menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) sebagai hab rujukan dan inovasi AI yang berperanan melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi, memupuk penyelidikan dan pembangunan, serta menyediakan platform kepada syarikat pemula dan usahawan tempatan untuk menembusi pasaran global.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#kecerdasan buatan
#cip AI
#SAIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan