KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer itu yang akan memiliki jalan susur dari Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada Januari 2027.
"Menggunakan jalan ini akan memendekkan jarak perjalanan kira-kira 50 kilometer di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual.
Uggah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata jalan itu akan melalui kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian dan Pakan.
Beliau berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Open telah meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya itu di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri.
Terdahulu, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik mengadakan lawatan tapak bagi memantau kemajuan pembinaan jalan raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Uggah berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual. - Gambar Bernama
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.