awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut babitkan jurutera elektrik, pemandu lori tangki direman

Bernama
Bernama
31/08/2025
08:15 MYT
Kemalangan maut babitkan jurutera elektrik, pemandu lori tangki direman
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di kawasan Kajang semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan seorang jurutera elektrik di Kilometer 292.8 Lebuhraya PLUS semalam, direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Pemandu lori tangki direman tiga hari selepas kemalangan maut di KM292.8 Lebuhraya PLUS yang meragut nyawa seorang jurutera elektrik berusia 39 tahun.
  • Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai terlelap sebelum lori memasuki lorong kecemasan dan menghimpit motosikal mangsa; ujian air kencing negatif dadah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan polis meminta saksi tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di kawasan Kajang semalam, namun tidak menyatakan masa sebenar penahanan berkenaan.
"Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai terlelap sebelum kenderaan dipandunya memasuki lorong kecemasan (lalu menghimpit motosikal mangsa)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan seorang jurutera elektrik berusia 39 tahun maut selepas motosikal ditunggangi mangsa dihimpit lori tangki dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.
Jurutera elektrik maut dilanggar lori tangki
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori terbabit negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular satu rakaman video kamera papan pemuka berdurasi lebih 33 saat yang memaparkan motosikal berada di lorong kecemasan sebelum dihimpit lori tangki yang memasuki laluan berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang Insp. Ahmad Zahrein Muhd Suod melalui talian 017-3818422.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurutera elektrik maut
#dilanggar lori tangki
#Lebuhraya PLUS
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami