awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu guna dana sendiri beli ubat antiviral Paxlovid tambahan - Dr Sim

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
11/04/2022
07:18 MYT
Sarawak mahu guna dana sendiri beli ubat antiviral Paxlovid tambahan - Dr Sim
Jelas Dr Sim, Kerajaan Sarawak akan berbincang bersama pakar perubatan tempatan SCOVAGagar setiap hospital utama di negeri itu memiliki bekalan Paxlovid - Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk menggunakan peruntukan dari sumber negeri itu sendiri bagi membeli secara langsung ubat antiviral COVID-19 Paxlovid keluaran Pfizer.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata proses untuk mendapatkan ubat tersebut akan dibincangkan bersama syarikat farmaseutikal dan Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) malam ini.
Jelasnya, perolehan pertama 48,000 dos Paxlovid yang akan tiba Sabtu depan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit COVID-19 di Sarawak.
“Kita bersyukur Kementerian Kesihatan Malaysian telah membeli Paxlovid yang akan mula dihantar ke Malaysia pada Sabtu depan sebanyak 48,000 dos untuk kegunaan seluruh negara, dan ianya mungkin tidak mencukupi sepanjang proses persediaan ini dilakukan.
“Walaupun Omicron tidak seteruk Delta, tetapi masih ada rakyat kita yang terkorban, jika kita boleh beli, kita akan beli dan Sarawak akan berbincang malam ini melalui Zoom bersama pakar perubatan tempatan SCOVAG diketuai Dr David Perera agar setiap hospital utama di negeri ini bersiap sedia dengan bekalan ubat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program ‘Sustainable Development Goals’ Healthy City di Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada Isnin.
Awal Mac lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu KKM telah membeli sejumlah bekalan Paxlovid untuk kegunaan 110,000 pesakit COVID-19 di seluruh negara dan akan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi.
Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak turut mendedahkan penggunaan dos terapi antibodi monoklonal Ronapreve antara penyumbang kepada penurunan kes kematian akibat COVID-19 di negeri ini.
“Kerajaan Sarawak telah membeli Ronapreve ini dengan harga USD 5,000 satu dos, dan perubatan ini telah kita sediakan di setiap hospital utama di Sarawak.
“Kesannya boleh kita lihat kadar kematian di Sarawak kini bukan yang tertinggi di dalam negara dan penggunaan bilik rawatan rapi (ICU) kita juga tidak begitu sesak walaupun ramai yang dijangkiti COVID-19,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#paxlovid
#Ronapreze
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan