KUCHING: Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam dalam menyediakan bukan sahaja produk dan perkhidmatan halal, tetapi penyelesaian untuk menangani cabaran dunia seperti perubahan iklim dan keterjaminan makanan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia amat sesuai dengan usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar ekonomi baharu.
“Kami juga sedang membangunkan ekosistem kami untuk mengubah ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas untuk dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, jelas Abang Johari, ekonomi majoriti Islam mewakili landskap yang pelbagai merangkumi wilayah, budaya dan struktur ekonomi.
Dalam spektrum ini, setiap ekonomi majoriti Muslim memberikan cabaran dan peluang unik dalam mencapai pertumbuhan, keamanan dan kemakmuran.
Menerusi kerjasama di dalam dan luar ekonomi katanya ia menjadi tunjang penting untuk menangani cabaran dengan memanfaatkan peluang yang tersedia.
Malah beliau yakin dengan prospek ekonomi Islam mampu memberi pulangan pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2025.
“Inisiatif seperti pelaburan bersama, perkongsian teknologi dan pemindahan pengetahuan boleh menyumbang dengan ketara kepada kemajuan ekonomi ini.
“Prospek ekonomi Islam global adalah baik. Permintaan untuk barangan dan perkhidmatan Halal dijangka meningkat dengan perbelanjaan global diramalkan mencecah 2.8 trilion dolar AS menjelang tahun 2025,” katanya.
Shafik Ahmad
Tue Nov 28 2023

Jelas Abang Johari, ekonomi majoriti Islam mewakili landskap yang pelbagai merangkumi wilayah, budaya dan struktur ekonomi. - Gambar Astro AWANI

Pentadbiran Trump cadang rombakan besar Jabatan Negara AS, 132 pejabat bakal ditutup
Setiap 'undersecretary' Jabatan Negara perlu mengemukakan pelan untuk mengurangkan staf sebanyak 15 peratus.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Sarawak akan menyatukan aset dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global - Abang Johari
Langkah itu sebagai tindak balas kepada peralihan dinamik perdagangan global termasuk pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sarawak perlu kaji semula rancangan pembangunannya ekoran tarif AS - Abang Johari
Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).

Teroka potensi Simanggang bagi projek pam hidro - Abang Johari
Bandar Simanggang di bahagian Sri Aman berpotensi untuk diterokai bagi projek pembangunan pam hidro sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut.

Perpaduan rakyat pendorong kekuatan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Kestabilan politik dan keharmonian sosial membolehkan kerajaan negeri Sarawak merangka dan meluluskan belanjawan berjumlah RM15 bilion.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

Sarawak perluas inisiatif Sumbangsih Raya ke perayaan lain - Abang Jo
Kerajaan Sarawak akan memperluaskan pelaksanaan Sumbangsih Raya kepada anggota keselamatan, penguatkuasaan, dan badan beruniform yang bertugas di negeri ini semasa Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.