KUCHING: Sarawak akan mengkaji undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Besar Negeri Sarawak mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.
Beliau berkata, undang-undang tidak seharusnya menghukum pihak pelaku sahaja tetapi peniaga barangan lusuh yang terlibat membeli barangan dicuri.
Peruntukan undang-undang sedia ada seperti Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 juga dilihat tidak begitu berat bagi menangani masalah itu, katanya.
"Hukuman sedia ada (terhadap peniaga barangan terpakai yang dicuri) sebanyak RM5,000 (bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946) adalah terlalu rendah.
"Sebagai contoh, gegelung tembaga yang dicuri dan dijual boleh mencapai harga RM5,000. Pesalah boleh bayar denda tersebut dan curi lagi," kata Abang Johari.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Vandalisme terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024, di sini, pada Rabu.
Abang Johari berkata, pada tahun lepas, kes vandalisme terhadap kemudahan infrastruktur utiliti dan telekomunikasi telah melibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM20 juta.
"Masyarakat setempat juga perlu bekerjasama dan membantu pihak berkuasa dalam membanteras vandalisme.
"Jika ada nampak benda pelik laporkan pada pihak polis, sekarang ini teknologi canggih kita boleh kongsi lokasi melalui telefon bimbit, senang polis untuk ke lokasi kejadian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Abang Johari (tengah) melancarkan Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 pada Rabu. - Gambar Bernama
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.
Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM)hari ini.
Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China
Dua laluan diasingkan dengan garisan putih yang bertulis "telefon bimbit - berjalan di lorong ini atas risiko anda sendiri" dan satu lagi lorong "tidak menggunakan telefon bimbit-.
Guna kasut untuk mengecas telefon bimbit
Seorang pelajar sekolah menengah di Filipina, tampil dengan idea bijak apabila dilaporkan berjaya menghasilkan tenaga dari sepatu.