awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mulakan vaksinasi remaja 12 hingga 15 tahun hari ini

Azizah Alwi
Azizah Alwi
23/09/2021
10:29 MYT
Sarawak mulakan vaksinasi remaja 12 hingga 15 tahun hari ini
Affin Ezzan Jamaluddin, 14 antara yang menerima vaksinasi di Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja Kem Penrissen, Kuching. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Pemberian vaksin di Sarawak diperluas kepada golongan remaja 12 hingga 15 tahun bermula hari ini sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah menjelang 3 oktober depan .
Pemberian vaskin jenis Comirnaty Pfizer-BioNTech kepada remaja berusia 12-17 tahun di seluruh Sarawak akan diadakan selama satu hari bermula 8:30 pagi dengan menggunakan kaedah pandu lalu dan statik.
Program vaksinasi COVID-19 hari ini turut melibatkan anak-anak anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan Awam Zon Sarawak di Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja Kem Penrissen, di sini.
“Kita ada sekitar 1,200 anak-anak yang berusia 12-17 tahun diseluruh Sarawak dan pada hari ini kita akan beri suntikan kepada 732 anak-anak tentera dan juga staf awam MINDEF,” jelas Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Divisyen Pertama Infantri, Kolonel Dr Meor Adzhary Sagiruddin
Jelas beliau lagi terdapat lima buah kem yang terlibat dalam proses pemberian vaksin di Kuching, Sri Aman, Bintulu, Sibu dan Miri.
Jelas beliau lagi sekiranya terdapat anak-anak yang tidak dapat hadir untuk pemberian vaksin pihaknya akan membuat penyusunan semula.
“Tidak semestinya kena ambil dengan ATM. Kita sama-sama kerjasama untuk memastikan anak-anak kita berumur 12 hingga 17 tahun mendapat vaksin secepat mungkin” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#remaja
#program vaksinasi
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan