awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak negeri pertama amal keterangkuman dalam pendidikan awal kanak-kanak

Bernama
Bernama
28/11/2023
12:43 MYT
Sarawak negeri pertama amal keterangkuman dalam pendidikan awal kanak-kanak
Fatimah berkata dalam usaha memupuk nilai keterangkuman itu, institusi pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini telah diperkenalkan dengan penggunaan bahasa isyarat. - Gambar Bernama
KUCHING: Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan keterangkuman pendidikan awal kanak-kanak melalui dasar pintu terbuka yang diamalkan kerajaan negeri itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata dalam usaha memupuk nilai keterangkuman itu, institusi pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini telah diperkenalkan dengan penggunaan bahasa isyarat.
Beliau berkata inisiatif itu turut diakui Pensyarah Kanan Universiti Malaysia (UM) Dr Hasnah Toran semasa Konvensyen Antarabangsa Prasekolah Sarawak pada 18 Nov lepas.
"Untuk terus memupuk nilai keterangkuman dan menghormati kepelbagaian keupayaan, SeDidik (pusat pendidikan awal kanak-kanak milik kerajaan Sarawak) telah mengamalkan penggunaan bahasa isyarat dalam menyampaikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku di semua taska dan tadikanya.
"Bagi meluaskan lagi penggunaan bahasa isyarat, seDidik juga akan memperkenalkan bahasa isyarat asas untuk komunikasi harian yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Fatimah berkata hingga kini, sebanyak 152 pendidik serta pengasuh seDidik atau 93 peratus telah diberikan latihan oleh Persatuan Orang Pekak Malaysia.
"Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kerajaan Sarawak agar keterangkuman dari aspek penggunaan dan amalan bahasa isyarat turut diperkenalkan di institusi awal kanak-kanak yang dikenadalikan oleh agensi lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#negeri pertama
#keterangkuman
#pendidikan awal kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan