awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak peruntuk RM600 juta beri pendidikan tinggi percuma tahun depan

Bernama
Bernama
10/08/2025
12:30 MYT
Sarawak peruntuk RM600 juta beri pendidikan tinggi percuma  tahun depan
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan. - BERNAMA
SIBU: Kerajaan Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan.
"Walaupun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, yang disempurnakan oleh menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#pendidikan percuma
#melanjutkan pengajian
#Annuar Rapaee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan