SAMARAHAN:Dana berjumlah RM190 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk merealisasikan pembinaan sebuah Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit di Samarahan.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia akan berfungsi sebagai hub penyelidikan dan pembangunan (R&D) melibatkan saintis dan cendekiawan daripada pelbagai bidang.
Kata beliau pusat berkenaan akan dibina berdekatan dengan Institut Penyelidikan Tanah Gambut Sarawak (TROPI) di Samarahan.
“Ia masih lagi di peringkat perancangan dan pembinaannya dijangka akan bermula pada 2021. Kami berharap fasiliti ini dapat disiapkan menjelang 2024.
“Fasiliti ini akan menjadi pusat di mana para saintis bekerjasama serta berkolaborasi dengan cendekiawan, pihak kerajaan dan institut-institut penyelidikan dan pembangunan terkemuka dari seluruh dunia seperti Universiti Cambridge, Oxford dan Imperial College,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi Inovatif untuk Penyelidikan dan Pendidikan (InnoSTRE) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan pada Rabu.
Menjelaskan lanjut, kata beliau hasil penyelidikan mereka dapat digunakan untuk menyediakan bahan atau produk yang berfungsi untuk membendung serta mengawal sebarang bentuk penularan atau mitigasi penyakit baharu.
“Sudah semestinya, dari hasil penyelidikan yang dilaksanakan diharap dapat menjadi penyelesaian dalam mengawal penularan penyakit-penyakit baharu. COVID-19 adalah salah satu daripadanya,” tambahnya.
Antara lain, beliau turut berharap kolaborasi sedemikian dapat memacu industri farmaseutikal termasuk sektor yang melibatkan penyelidikan perubatan.
“Di Malaysia, sebagai contoh, negeri kita adalah negeri yang pertama untuk melaksanakan insitiatif penyelidikan dalam penyakit tropikal,” ujar beliau.
Astro Awani
Wed Nov 25 2020

Abang Johari berkata menerusi penubuhan pusat penyelidikan tersebut, kerjasama dengan institusi antarabangsa dapat dilaksana melibatkan ahli akademik serta pakar pelbagai bidang -Gambar Astro AWANI

AWANI Ringkas: UMNO cadang kerajaan sediakan kupon subsidi laptop | Cubaan seludup ayam sejuk beku digagalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka

Cabaran Artis Muda | Iman Troye rangka strategi sepanjang PKP
Menjadi penyanyi baru saat pandemik melanda negara semestinya mempunyai cabaran yang tersendiri. Bagi penyanyi yang tersenarai sebagai bintang 2021, Iman Troye, strategi tepat perlu dirangka bagi memastikan peminat terus mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

PdPR | MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang serius akan rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Isu PdPR | Sediakan kupon subsidi beli laptop - Shahril Hamdan
Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian laptop bagi membantu pelajar menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, kupon subsidi itu boleh diberikan sebanyak 1,000 ringgit kepada golongan B40 serta 500 ringgit kepada golongan M40.

Sumbangan NGO | Pelajar IPT bantu penduduk terjejas COVID-19
Pelbagai usaha dan bantuan disalurkan kepada orang ramai yang terjejas berikutan pandemik COVID-19. Antara NGO terlibat Youth of Strength & Happiness (YOSH) yang telah tampil menyumbang bantuan kepada lebih 100 penduduk di Teluk Suayon Lahad Datu.

Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

TERKINI: Anwar fail permohonan semakan kehakiman

Sarawak rancang bina Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit di Samarahan
Pusat penyelidikan ini dijangka siap menjelang 2024 dan akan menjadi hub R&D buat pada saintis serta cendekiawan dari pelbagai bidang.