KUALA LUMPUR: Sarawak menyasarkan untuk mencapai kadar suntikan tidak kurang 45,000 dos suntikan sehari.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, sasaran itu akan membolehkan Sarawak menerima suntikan vaksin sepenuhnya menjelang Ogos.
"Oleh itu saya dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah berbincang bahawa kita perlu mencapai satu kadar suntikan setiap hari - tidak kurang daripada 45,000 suntikan setiap hari.
"Dengan kadar purata tersebut ini akan membolehkan kita selesaikan pemberian vaksin kepada penduduk negeri Sarawak sebelum akhir bulan Ogos," katanya.
Ujar beliau, tumpuan akan diberikan kepada pembukaan pusat-pusat pemberian vaksin yang baharu selain meningkatkan kapasiti tenaga kerja.
"Kapasiti tenaga kerja akan ditingkatkan dengan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang diperlukan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin di Sarawak," tambahnya pada sidang media bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Kuching.
Selain itu, kata Khairy lagi, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri di kawasan perindustrian dan kilang akan diwujudkan bagi mempercepatkan program vaksinasi di negeri tersebut.
Jelasnya, PPV Industri terbabit akan diselia oleh sebuah jawatankuasa kerja bagi untuk tujuan penyelarasan.
"Kita telah membincangkan keperluan untuk membuka PPV Industri bagi kawasan-kawasan kilang dan juga PPV Industri di kawasan-kawasan perladangan iaitu untuk pekerja ladang.
"PPV ini akan dibuka di tempat industri sama ada di tempat kilang ataupun di tempat perladangan, jadi tidak memerlukan pekerja pergi ke PPV awam yang lain," jelas beliau.
Terdahulu, Khairy meninjau pengurusan pemberian vaksin di PPV di Stadium Tertutup, Kuching. Ini termasuk melihat sendiri pengurusan pendaftaran penerima vaksin dan setiap prosedur wajib yang perlu dilalui setiap individu mengikut protokol kesihatan tertentu.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kemudian turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Ia kemudiannya disusuli mesyuarat pasukan petugas imunisasi COVID-19 (CITF) pada jam 3.30 petang.
Nickyson Nyambar
Fri May 28 2021

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hadir pada mesyuarat pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) pada jam 3.30 petang. -Gambar MOSTI
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.

Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.

Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.

Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.

97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.

Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.