KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata setakat ini Sarawak hanya bergantung dengan vaksin yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengarahkan satu pasukan khas yang diketuai Datuk Dr Andrew Kiyu bagi mengenal pasti kaedah untuk membeli vaksin.
“Kalau kita dapat membeli vaksin untuk menambah apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Persekutuan maka kita boleh mempercepatkan proses vaksinasi untuk orang Sarawak.
“Sasaran kita adalah untuk memastikan kesemua rakyat negeri Sarawak menerima vaksin pada Ogos 2021.
“Jadi ketika ini Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sedang berbincang dengan Kerajaan Persekutuan kerana kita perlu berhubung dengan mereka namun masih belum ada sebarang jawapan tentang bolehkah kita mendapatkan stok vaksin ini,” kata Uggah.
Pada 24 Februari lalu, kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk negeri Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) tepat 6.20 petang.
Sebanyak 23,400 dos vaksin berkenaan diterbangkan dengan pesawat kargo penerbangan TH543 Raya Airways dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Fasa pertama vaksinasi di Sarawak telah bermula sejak 26 Februari sehingga 31 Mac dengan sasaran seramai 97,161 petugas barisan hadapan manakala fasa kedua dan ketiga dijangka bermula 1 April yang dijadual selesai pada 31 Ogos.
Sehingga jam 11.00 pagi ini, 8,323 individu telah menerima suntukan vaksin Pfizer-BioNTech di sembilan bahagian di Sarawak.
Munirah Mudzamli
Mon Mar 01 2021

Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan setakat ini Sarawak hanya bergantung dengan vaksin yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). FOTO: Astro AWANI

Rasuah | Didik bakal pemberi maklumat, boleh jadi jenayah jika silap langkah
Bakal pemberi maklumat perlu tahu tentang jenis, klasifikasi atau kategori maklumat di tangan masing-masing, sama ada maklumat tersebut adalah maklumat sulit, terhad dan sebagainya.

COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

2020 antara tahun paling panas direkodkan - WMO
Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Enam positif COVID-19 selepas lengkapkan vaksin di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

JKJAV mesyuarat Khamis tentukan pengunaan vaksin AstraZeneca - Khairy
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis untuk menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca.

30 peratus penduduk Kota Setar daftar pengambilan vaksin COVID-19
Usaha digiatkan dalam meningkatkan peratusan berkenaan terutama penglibatan kumpulan sasar iaitu golongan warga emas dan OKU.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Tiada keperluan pakai topeng muka di luar rumah - Kerajaan Israel
Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter rasminya @Israel dengan turut melampirkan sekeping gambar pelitup muka dan hidung.

Vaksin COVID-19: Lebih 400,000 terima dos kedua, 8.94 juta telah berdaftar
Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469 diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Sabah (56,184).

Sarawak mohon lebih 600,000 bekalan vaksin CanSino untuk penduduk pedalaman
Permohonan tersebut dilakukan bagi mempercepatkan program vaksinasi di negeri itu khasnya di kawasan pedalaman.

Petugas media di kawasan berisiko akan diberi vaksin - Menteri Kesihatan
Jawatankuasa khas jaminan akses vaksin putuskan dalam fasa kedua, pihak media yang juga merupakan petugas barisan hadapan akan diberikan vaksin.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.