SIBU:Kerajaan Sarawak bersedia untuk mengkaji semula dasar industri pembalakan negeri jika ia bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan terlibat dalam industri itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata antara aspek yang diberi penekanan ialah penanaman semula hutan dan penyertaan rakyat dalam industri pembalakan negeri.
"Kalau mahu menstruktur semula industri pembalakan Sarawak, kita boleh struktur semula," katanya semasa berucap di Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Zon Tengah Sarawak di sini, pada Sabtu
Menurutnya penstrukturan semula itu termasuk memastikan pemegang lesen pembalakan di Sarawak memenuhi komitmen mereka untuk menanam semula hutan yang telah diterokai dengan pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil pendapatan.
"(Kita tahu) ada pemegang lesen pembalakan sebelum diberi lesen, menyatakan kesanggupan untuk menanam semula hutan yang mereka terokai bagi mengganti pokok-pokok yang telah ditebang, namun mereka sebaliknya tidak berbuat demikian," katanya.
Abang Johari berkata kerajaaan Sarawak sudah memiliki teknologi penggunaan dron untuk mengenal pasti kawasan-kawasan baharu, di mana pokok yang ditanam boleh ditebang dalam tempoh enam tahun sahaja.
Beliau berkata Sarawak yang beriklim tropika, memudahkan benih-benih pokok untuk tumbuh subur dan membesar dengan pantas kerana ia boleh mendapat hujan dan cahaya matahari yang mencukupi.
Dalam sidang media selepas majlis itu, beliau berkata penambahbaikan dalam dasar pembalakan di Sarawak akan memberi penekanan terhadap penglibatan rakyat dalam industri berkenaan.
Menurutnya kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Sarawak akan membuat kajian menyeluruh sebelum penstrukturan semula dasar itu dilaksanakan.
"Dari sudut lesen, ada di bawah Yayasan Sarawak dan STIDC (Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak), mungkin kita timbang kumpulan sasar yang boleh memegang saham dalam industri pembalakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020
ABANG JOHARI: Kalau mahu menstruktur semula industri pembalakan Sarawak, kita boleh struktur semula. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
Pembangunan perkhidmatan kesihatan, sekolah daif di Sarawak perlu diberi perhatian khusus - PM
Ia bagi memastikan kelancaran perancangan serta pelaksanaan projek di Sarawak secara berkesan.
Sarawak negeri pertama biayai projek persekutuan untuk percepat pelaksanaan - PM
Sarawak bakal melakar sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya.
Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.