BINTULU: Sarawak melahirkan kesyukuran kerana kini sudah mempunyai ruang untuk berbincang sebagai sebuah keluarga dengan Kerajaan Persekutuan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata bukan saja ruang sudah ada untuk tujuan itu malah sebuah kementerian yang khusus untuk melihat dan memperbetulkan kepincangan mengenai pelaksanaan MA63 seperti yang diinginkan oleh rakyat Sarawak dan Sabah telah ditubuhkan.
Minggu lalu, mesyuarat mengenai MA63 yang antara lain membincangkan mengenai komposisi ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk memastikan ada keseimbangan dari segi jumlah kerusi Parlimen antara ketiga-tiga wilayah ini di mana Sarawak dan Sabah seharusnya mempunyai 35 peratus daripada kerusi Parlimen.
"Kami di Sarawak dan Sabah perlu memastikan hak dan keistimewaan kami sentiasa dilindungi di Parlimen dan keinginan sesetengah pemimpin persekutuan tidak dikenakan ke atas kita sehingga merugikan kita," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak yang telah dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di sini, malam tadi.
Menurut Abang Johari, buat masa ini Sarawak dan Sabah hanya mempunyai 56 wakil rakyat di peringkat Parlimen atau kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Walaupun Sarawak memiliki jumlah penduduk yang agak kecil namun beliau berkata negeri itu wajar mempunyai lebih banyak lagi kerusi Parlimen memandangkan pengwujudan sesebuah kawasan Parlimen tidak semata-mata berasaskan jumlah penduduk sebagaimana sistem Wesminster United Kingdom yang diamalkan di Malaysia.
"Malah di UK, perwakilan di Parlimen tidak berdasarkan jumlah penduduk tetapi juga pada saiz kerusi tertentu. Sekiranya kerusi itu dianggap hanya berdasarkan populasi maka tempat terpencil dengan penduduk yang berselerak seperti Ulu Baram, Belaga dan Ulu Rajang tidak akan layak mendapat wakil rakyat, yang tidak berlaku seperti yang kita ketahui," katanya.
Beliau berkata banyak isu lain turut dibincang pada mesyuarat tersebut termasuk mengenai status semasa dan hala tuju mengenai isu-isu kesihatan di Sarawak dan Sabah seperti pusat kesihatan dan klinik yang usang di kawasan luar bandar dan pedalaman yang harus dibaik pulih atau dibina semula.
"Saya amat berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian serius kepada isu-isu kesihatan khususnya di Sarawak dan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk tujuan ini agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
ABANG JOHARI: Kami di Sarawak dan Sabah perlu memastikan hak dan keistimewaan kami sentiasa dilindungi di Parlimen dan keinginan sesetengah pemimpin persekutuan tidak dikenakan ke atas kita sehingga merugikan kita. - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Industri perkayuan Sarawak kekurangan buruh - STA
Lau berkata jika situasi ini tidak ditangani, ia akan mendatangkan risiko besar kepada kesinambungan operasi ahli-ahlinya.
PADU: Kenyataan Abdul Karim pendapat peribadi - Rafizi
Rafizi sifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai pendapat peribadi.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar - METMalaysia
Orang ramai dinasihatkan bersabar, mengurangkan aktiviti luar dan tidak membuat pembakaran terbuka disebabkan cuaca panas di negara ketika ini.
Sarawak diramal ribut petir, angin kencang sehingga 15 Mac
MetMalaysia meramalkan cuaca signifikan dengan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak sehingga 15 Mac ini.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
LTAT mahu kekal kepentingan besar dalam Affin Bank, di sebalik hasrat Sarawak mahu menguasainya
LTAT berhasrat untuk terus memegang pegangan 'signifikan' dalam Affin Bank Bhd, dengan jangkaan mendapat manfaat daripada potensi peningkatan nilai yang dibawa oleh pelabur baharu.
Sarawak dapat perhatian di ITB Berlin 2024
Kempen Gateway to Borneo jadi langkah strategik bagi menempatkan Sarawak sebagai pintu gerbang utama ke Borneo.