awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun

Bernama
Bernama
08/05/2024
07:20 MYT
Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Fatimah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 657 permohonan telah mendapat keputusan, manakala 746 permohonan masih dalam proses kelulusan. - Gambar fail
KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 657 permohonan telah mendapat keputusan, manakala 746 permohonan masih dalam proses kelulusan.
"Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula sebanyak 50 permohonan telah diterima. Daripada jumlah itu sebanyak tiga pemohonan sudah mendapat keputusan, manakala 47 pemohonan masih diproses," katanya.
Tambah beliau, kes-kes tertunggak akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang akan datang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) yang ingin tahu berapakah jumlah kes kewarganegaraan di Sarawak yang melibatkan individu berusia 21 tahun ke bawah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Fatimah berkata bukan semua individu yang dilahirkan di dalam negara boleh memperoleh kewarganegaraan secara automatik.
"Dalam hal ini, kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan ibu bapa yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara.
"Kedua, taraf kewarganegaraan ibu bapa individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku dan ketiga, kelahiran berlaku sebelum pendaftaran perkahwinan ibu bapa mengikut perundangan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#permohonan kewarganegaraan
#JPN Sarawak
#Fatimah Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan