awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 hingga Disember

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
23/10/2020
03:21 MYT
Sarawak teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 hingga Disember
Lanjutan itu melibatkan tujuh langkah yang diperluas di bawah BKSS 2020.
KUCHING:Sarawak mengambil keputusan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BSKK) sehingga Disember 2020 dengan tambahan kos RM104.84 juta.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, lanjutan itu melibatkan tujuh langkah yang diperluas di bawah BKSS 2020.
Menurutnya, tujuh langkah itu adalah diskaun bil eletrik dan air; diskaun 50 peratus kadar sewa perumahan HDC; bantuan RM500 sektor e-hailing; diskaun sewa kepada penjaja; pemansuhan yuran lesen dan permit serta pemansuhan sewa PKS yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri.
"Sepanjang enam bulan lalu, Kerajaan GPS menerima maklum balas positif daripada masyarakat dan pasukan petugas barisan hadapan yang mendapat manfaat daripada bantuan BKSS.
"Saya harap dengan lanjutan BSKK hingga hujung tahun ini akan memudahkan kehidupan rakyat di Sarawak yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media BSKK 2020 di Kuching pada Jumaat.
Berita lanjut menyusul
Topic Berkaitan
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#BSKK
#Bantuan Sarawak
#Bantuan COVID-19
#Sarawak teruskan BSKK 4 0
#BSKK 4 0
#Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan