awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak yakin capai sasaran 1.2 juta pelancong tahun ini

Bernama
Bernama
30/06/2022
22:00 MYT
Sarawak yakin capai sasaran 1.2 juta pelancong tahun ini
Abdul Karim (depan tiga, kanan) mengangkat poster selepas melancarkan Program 'What About Kuching' (WAK) 2022 di Kuching, 30 Jun 2022. - Foto BERNAMA
KUCHING: Sarawak akan mencapai sasaran 1.2 juta pelancong akhir tahun ini menerusi pelbagai program yang telah dijadualkan diadakan di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Hamzah.
Beliau berkata berdasarkan kepada statistik ketibaan pelancong ke negeri tu, jumlah itu telah melonjak lebih 680 peratus kepada 439,150 lima bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas dengan lebih ramai dijangka memasuki Sarawak sehingga hujung tahun 2022.
"Saya percaya dari Jun hingga Disember, jumlah itu akan meningkat lagi dan kami akan dapat mencapainya (sasaran 1.2 juta pelancong) kerana setiap bulan kami ada program seperti maraton antarabangsa, Festival Jazz Waterfront Kuching dan 'What About Kuching 2022' (WAK).
"Malah selepas 1 Ogos, sempadan Brunei akan dibuka dan kita sasarkan untuk sekurang-kurangnya 4,000 orang seminggu akan datang dari Brunei," katanya dalam sidang media acara 'WAK 2022 Call For Proposal' di sini pada Khamis.
Abdul Karim berkata jumlah ketibaan pelancong warga asing juga melonjak 376 peratus kepada 43,404 antara Januari hingga Mei berbanding tempoh sama tahun lepas.
Survei Pelancongan Domestik 2021 menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Rabu melaporkan Sarawak menerima 6.5 juta pelancong domestik tahun lepas, menjadikan ia negeri yang paling ramai dilawati di Malaysia.
Sementara itu Abdul Karim berkata selepas dua tahun pandemik, WAK 2022 akan berlangsung dari 1 hingga 31 Okt dengan slogan 'Dari Komuniti untuk Komuniti, untuk meraikan kesenian, kebudaan dan gaya hidup komuniti kreatif.
Sementara itu Pengasas WAK Donald Tan mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program cadangan kreatif WAK 2022 mempunyai tempoh sehingga 31 Julai untuk menghantarkan cadangan mereka menerusi http://www.aboutkuching.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#pelancong
#Abdul Karim Hamzah
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan