awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan COVID-19 pekerja binaan setiap dua minggu dikaji - Fadillah

Fareez Azman
Fareez Azman
18/11/2020
12:01 MYT
Saringan COVID-19 pekerja binaan setiap dua minggu dikaji - Fadillah
KKR akan mengadakan perbincangan bersama pemain industri dalam masa terdekat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengkaji pelaksanaan prosedur tambahan untuk mengawal penularan COVID-19 di kalangan pekerja binaan termasuk saringan setiap dua minggu.
Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, perbincangan akan dijalankan bersama pemain industri dalam masa terdekat.
"Kita akan mengadakan 'engagement' dengan semua pemain industri, syarikat pembinaan... kita akan bawa bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan persatuan-persatuan mewakili kontraktor.
"Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setiap hari akan membuat pemeriksaan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)... diharapkan kita akan angkat satu lagi level.
"Amalan di Singapura, semua pekerja asing kena membuat saringan setiap dua minggu sekali, kalau kita ikut Singapura ini, tujuan kita buat 'engagement' kontraktor dan persatuan-persatuan supaya ini boleh kita patuhi.
"Sudah tentu kos akan meningkat, kalau kita tidak laksanakan ini, kontraktor akan rugi juga kalau berlaku kes di tapak binaan, kena tutup dua minggu," katanya.
Justeru pihaknya jelas Fadillah, akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh terdekat.
"Ini kita sedang kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagaimana nak absorb some of the cost, bukan semua ditanggung oleh pihak pemaju tetapi ada bantuan daripada PERKESO.
"Kalau ini dapat dilakukan, meningkatkan SOP dan memastikan tapak binaan menjadi lebih selamat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wawancara Belanjawan 2021 di Kementerian Kerja Raya pada Rabu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kerja Raya
#pekerja asing
#sektor pembinaan
#Menteri Kerja Raya
#Fadillah Yusof
#Belanjawan 2021
#cidb
#PDRM
#Kementerian Sumber Manusia
#SOP
#saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan