awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan ketat buat kontraktor penyiap projek 'sakit' - Fadillah

Bernama
Bernama
14/11/2021
08:39 MYT
Saringan ketat buat kontraktor penyiap projek 'sakit' - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Sesi Libat Urus Bersama Media bagi penyampaian aspirasi Kementerian Kerja Raya (KKR) sempena pengumuman Belanjawan 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pemilihan kontraktor penyiap bagi menyelamatkan projek 'sakit' yang lewat pembinaan atau gagal siap mengikut jadual dilakukan melalui proses saringan ketat oleh Kementerian Kerja Raya.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini bagi memastikan hanya kontraktor yang mempunyai rekod prestasi baik sahaja dipilih bagi menyelamatkan sesuatu projek.
Beliau berkata antara aspek penilaian yang dilihat termasuk kekuatan kewangan, pengalaman serta keupayaan teknikal juga aset-aset syarikat kontraktor tersebut.
"Mereka harus mempunyai rekod prestasi baik. Adalah lebih cepat untuk kita memulihkan projek berbanding jika kita ikut proses biasa untuk buka semula tender dan sebagainya yang ambil masa lama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sesi libat urus bersama media di sini hari ini.
BACA: 15 projek 'sakit' di Sabah dan Sarawak - Fadillah
Fadillah menjelaskan buat masa ini pengambilan kontraktor penyiap dilaksanakan melalui permohonan terbuka.
"Kita ambil mereka melalui pelawaan secara terbuka. Kita buka supaya mereka boleh mohon dan dari situ kita buat saringan.
"Yang memohon untuk menjadi kontraktor penyiap ini memang ramai tetapi yang dapat sedikit (kerana saringan ketat)," katanya.
Semalam, Fadillah berkata sebanyak 15 projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya di Sabah dan Sarawak diklasifikasikan sebagai projek 'sakit' yang lewat pembinaan serta gagal siap mengikut jadual.
Beliau berkata kontraktor penyiap baharu juga telah dan akan dilantik kementeriannya bagi menyiapkan projek-projek tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek sakit
#Kementerian Kerja Raya
#Fadillah Yusof
#saringan ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan