awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan pandu lalu usaha terbaharu kekang COVID-19 di Sibu

Bernama
Bernama
13/01/2021
00:00 MYT
Saringan pandu lalu usaha terbaharu kekang COVID-19 di Sibu
Tempahan awal tidak perlu dibuat dan orang ramai boleh terus hadir melakukan saringan. - Foto BERNAMA
SIBU:Pusat saringan COVID-19 pandu lalu yang pertama di bandar ini dibuka hari ini bagi membantu menampung operasi di tiga pusat saringan sedia ada.
Terletak di bangunan Pustaka Negeri Sarawak di sini, pusat berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang, tanpa caj dikenakan.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata tempahan awal juga tidak perlu dibuat dan orang ramai boleh terus hadir melakukan saringan.
"Orang ramai yang hadir juga tidak perlu parkir kereta mereka, cuma pandu lalu saja, macam perkhidmatan pandu lalu biasa. Ini lebih mudah dan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan berikutan kebanjiran ramai orang.
"Makin banyak pusat dibuka, makin banyak saringan ujian COVID-19 dapat dilakukan dan makin awal kesan kes-kes positif," katanya kepada Bernama.
Tiga pusat saringan sedia ada sebelum ini iaitu di Klinik Kesihatan Lanang, Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan Stadium Tertutup Sibu dibuka sejak 10 Jan lepas.
Kos saringan di keempat-empat pusat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Menurut Dr Annuar, sehingga kini seramai kira-kira 4,000 orang telah menjalani saringan COVID-19 di ketiga-tiga tempat.
Sehubungan itu, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memohon mereka yang mempunyai gejala atau menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 untuk mengambil peluang hadir ke mana-mana pusat ini untuk membuat saringan.
Semalam, Sibu merupakan kawasan paling tinggi kes positif harian COVID-19 di Sarawak dengan menyumbang 92 kes, diikuti Sebauh (20); Kanowit (12); (Miri (11); Beluru (3); Kuching (3); Dalat (2); Saratok (1); Bintulu (1) dan Limbang (1).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#operasi
#Sibu
#pandu lalu
#ADUN
#saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan