awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan ditahan disyaki minta rasuah RM1,000

Azee Shafy
Azee Shafy
02/03/2023
08:34 MYT
Sarjan ditahan disyaki minta rasuah RM1,000
Suspek pegawai polis berpangkat sarjan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan pada bulan lalu.
TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki meminta suapan sebanyak RM1,000 daripada seorang individu, pada Februari.
Suspek yang merupakan seorang anggota polis berpangkat sarjan itu telah meminta suapan daripada seorang lelaki bagi memastikan anaknya tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kesalahan menggunakan bahan terlarang iaitu ketum selepas kesalahan pertama yang telah dijatuhkan hukuman.
Suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh, pada Rabu.
Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Narkotik di sebuah ibu pejabat polis (IPD) negeri di sini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh dan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 8 Mac 2023 bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman bagi membantu siasatan mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Suspek yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 11.40 pagi.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#SPRM
#anggota polis berpangkat sarjan
#ketum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan