awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan Norihan Tari mula jalani rawatan fisioterapi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/11/2020
09:03 MYT
Sarjan Norihan Tari mula jalani rawatan fisioterapi
Berita positif itu dimaklumkan isteri Norihan menerusi perbualan telefon.
PADANG BESAR:Keadaan kesihatan Sarjan Norihan Tari yang parah ditembak kumpulan penyeludup ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, semakin menunjukkan perkembangan positif, malah mula menjalani rawatan fisioterapi.
Anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) itu kini sudah boleh duduk bersandar, minum dan makan bercakap dengan lebih baik berbanding sebelumnya.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Rosman Kasman, berkata berita positif itu dimaklumkan isteri Norihan menerusi perbualan telefon hari ini.
"Dia sudah sedar tapi masih dalam keadaan lemah. Dia kini sudah mula jalani fisioterapi pada tangan dia. Mungkin kesan daripada tembakan peluru itu yang terkena saraf yang menyebabkan tubuhnya lemah.
"Suhu tubuhnya bagaimanapun kadang-kadang tidak menentu, tapi kita tidak begitu bimbang kerana dia berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan," katanya di sini, hari ini.
BACA: Sarjan Norihan ingat kejadian tembakan - Ketua Polis P. Pinang
BACA: Sarjan Norihan dipindahkan ke wad biasa, kesihatan bertambah baik
Rosman berkata, pakar yang merawat Norihan memaklumkan keadaannya semakin baik dan berharap pembedahan untuk membuang satu lagi peluru dapat dilakukan.
Ini ekoran kedudukan peluru itu terlalu dekat dengan tulang belakangnya serta kemungkinan memberi kesan jika ia cuba dibuang.
Norihan sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan mengeluarkan dua daripada tiga peluru yang terkena tubuhnya.
Rabu lalu, Norihan dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan berkenaan.
Dalam kejadian awal pagi Selasa lalu, rakannya Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut akibat ditembak penyeludup, manakala Norihan mengalami kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#PGA
#sarjan norihan
#ditembak
#Pembedahan
#rawatan
#mengeluarkan peluru
#jalani fisioterapi
#Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA
#Superintendan Rosman Kasman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan