KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin sasaran untuk memvaksin 80 peratus penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekali gus mencapai imuniti kelompok lebih awal mampu dicapai seawal Ogos ini bagi merealisasikan Pelan Pemulihan Negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata dua wilayah yang merupakan pusat kepada aktiviti pentadbiran dan ekonomi itu mempunyai sumber dan keupayaan termasuk menjalankan inisiatif tambahan seperti program trak vaksin bergerak dalam mempercepatkan proses vaksinasi.
"Sehingga 21 Jun, jumlah populasi yang telah mendaftar di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencapai 100 peratus. Jumlah penerima vaksin di Kuala Lumpur adalah sebanyak 56.16 peratus bagi dos pertama dan 10.82 peratus bagi dos kedua.
"Bagi Putrajaya pula, jumlah penerima adalah sebanyak 50.34 peratus bagi dos pertama dan 30.81 peratus bagi dos kedua, " katanya dalam sidang media yang dijalankan secara hibrid, baru-baru ini.
Beliau berkata langkah ini juga merupakan persiapan awal kerana pihaknya menjangkakan kelonggaran dan keistimewaan tertentu bakal diberikan kepada golongan yang telah menerima dua dos vaksinasi pada Fasa Kedua pelan berkenaan.
Menerusi Fasa Kedua yang dijangka dilaksanakan pada Ogos itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan senarai positif bagi kebenaran pembukaan semula beberapa sektor berdasarkan penilaian yang dibuat.
"Apabila kita mencapai imuniti kelompok lebih awal, kita berharap proses pemulihan kegiatan ekonomi, pentadbiran kerajaan, aktiviti komersial akan dapat mendahului dalam (pelaksanaan) Pelan Pemulihan Nasional," katanya.
Beliau menjelaskan Wilayah Persekutuan berada pada landasan yang betul dan memenuhi ketiga-tiga nilai ambang ditetapkan bagi peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara iaitu mempunyai sumber mempercepat proses pemulihan dari sudut keupayaan menurunkan kes positif dan vaksinasi serta kemudahan di hospital.
Sementara itu, Annuar berkata pihaknya bersetuju memberikan rebat lima hingga 10 peratus kepada semua pembayar cukai pintu melibatkan semua aset dan premis termasuk sektor perhotelan, industri serta perumahan di Wilayah Persekutuan.
Mengambil contoh jumlah kutipan Bandaraya Kuala Lumpur yang mencecah RM1 bilion, beliau berkata pemberian rebat ini membabitkan kos dalam lingkungan RM50 juta ke RM100 juta serta memaklumkan peratus nilai rebat kepada pembayar cukai pula adalah mengikut kategori yang akan diperincikan kemudian.
Annuar berkata semua pemilik premis kediaman dan komersial di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut diberi penangguhan bayaran cukai taksiran sehingga Disember tahun ini.
Sebelum ini, beliau turut mengumumkan pembayaran cukai pintu boleh dilakukan secara ansuran dan mereka yang telah lewat membuat bayaran kerana mempunyai masalah kewangan tidak akan dikenakan sebarang penalti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
ANNUAR: Sehingga 21 Jun, jumlah populasi yang telah mendaftar di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencapai 100 peratus. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Pelaksanaan 5G capai sasaran 80 peratus CoPA - Fahmi
Fahmi juga memaklumkan MAMPU, MDEC, Digital Nasional Bhd dan Cybersecurity Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Digital.
BAM perlu berani pikul tanggungjawab - Jalani
BAM digesa supaya tidak dibayangi pandangan netizen terutama apabila pemain berdepan kegagalan dalam sesuatu kejuaraan.
Johor sasar lapan juta pelancong tahun ini
K Raven Kumar yakin sasaran itu berjaya dicapai berikutan pembukaan semula industri pelancongan di seluruh dunia ketika ini.
PRU15: PKR optimis menang 4 kerusi DUN, pertahan 2 Parlimen di Pahang
Dua kerusi DUN yang dapat dipertahan ialah Semambu dan Teruntum manakala kerusi Parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota.
PRU15: BN Perak sasar 40 DUN, 15 Parlimen
Pada PRU lalu, BN memenangi 27 kerusi DUN dan 12 Parlimen, sebelum beberapa wakil rakyat melompat parti.
Sukan SEA Hanoi: Kurash lepasi sasaran, bawa pulang tiga gangsa
Skuad kurash kebangsaan boleh tersenyum apabila menamatkan cabaran di Sukan SEA ke-31 dengan kejayaan merangkul tiga pingat gangsa pada hari terakhir pertandingan.
PPZ-MAIWP berjaya kutip zakat RM800 juta bagi tahun 2021 - Syed Ali
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mencapai sasaran kutipan zakat bagi tahun 2021 sebanyak RM800 juta.
Tokyo 2020: Jurulatih sasar Nur Suryani pecah rekod kebangsaan sendiri demi peluang ke final
PENEMBAK negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, tidak terjejas dengan larangan berlatih selama tujuh hari sebaik kembali ke Asaka Shooting Range dengan bidikan tepat, pada Khamis.
Selangor sasar FDI lebih rendah tahun ini ekoran impak COVID-19 - Menteri Besar
Selangor meletakkan jumlah sasaran pelaburan langsung asing (FDI) lebih rendah iaitu antara RM12 bilion hingga RM13 bilion pada tahun ini.
Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai
Persediaan atlet negara yang terjejas sepanjang tempoh pandemik membataskan penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa.