awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu per empat tidak mahu vaksin, usaha menentang COVID-19 boleh gagal - WEF

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/09/2020
05:52 MYT
Satu per empat tidak mahu vaksin, usaha menentang COVID-19 boleh gagal - WEF
Pengurangan 26 peratus berhubung keyakinan terhadap vaksin cukup untuk menggagalkan keberkesanan pelan vaksinasi COVID-19. - Foto BERNAMA
SEKITAR 74 peratus golongan dewasa di peringkat global sedia diimunisasi bagi menentang virus COVID-19 sekiranya vaksin itu tersedia.
Bagaimanapun, angka itu dijangka masih tidak mencukupi untuk menentang virus yang pantas merebak itu.
Itu dapatan kajian dilakukan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bersama firma kajian pasaran Ipsos melibatkan hampir 20,000 responden merentasi 27 negara antara 24 Julai hingga 7 Ogos lalu.
Tahap kemahuan warga dunia dalam mendapatkan vaksin COVID-19 - Foto WEF
Tahap kemahuan warga dunia dalam mendapatkan vaksin COVID-19 - Foto WEF
Secara majoriti, para responden dari semua negara menyatakan kesanggupan untuk mendapatkan vaksin.
Responden dari China merupakan paling berminat dengan 97 peratus menyatakan mereka mahu divaksin sementara Rusia adalah negera terendah iaitu hanya 54 peratus.
Namun, antara yang dibimbangkan adalah apabila satu per empat daripada warga dunia menyatakan tidak berminat untuk mendapatkan vaksin.
"Pengurangan 26 peratus berhubung keyakinan terhadap vaksin cukup untuk menggagalkan keberkesanan pelan vaksinasi COVID-19," kata Ketua Pembentukan Masa Depan Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan WEF, Arnaud Bernaert.
Alasan untuk tidak menjalani imunisasi vaksin COVID-19 - Foto WEF
Alasan untuk tidak menjalani imunisasi vaksin COVID-19 - Foto WEF
Kesan sampingan vaksin menjadi alasan utama para responden yang memilih untuk tidak diimunisasi.
Antara faktor lain yang dinyatakan golongan ini termasuk persepsi negatif terhadap vaksin selain akui tidak berisiko dijangkiti virus tersebut.
Jangkaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 pada tahun 2020 - Foto WEF
Jangkaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 pada tahun 2020 - Foto WEF
Topic Berkaitan
#COVID19
#Forum Ekonomi Sedunia
#Ipsos
#kajian vaksin COVID
#kesihatan
#pandemik
#rawatan
#vaksin
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan