awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu jawatankuasa khas bakal ditubuh, bincang isu industri pembinaan - Mustapa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/09/2020
08:12 MYT
Satu jawatankuasa khas bakal ditubuh, bincang isu industri pembinaan - Mustapa
Mustapa mencadangkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan jawatankuasa berkenaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi membolehkan perbincangan melibatkan industri pembinaan dapat dilakukan dengan lebih kerap.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
“Yang penting apabila ada platform yang bermesyuarat secara tetap, maka kita regular tracking, ada minit (catatan), boleh tengok apa dah selesai.
“Bukan semua boleh buat, bukan semua cadangan boleh dilaksanakan tetapi yang penting sesi libat urus. Kita dengar, itu mustahak, kita jumpa dan ada membantu, kita hendak permudahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi libat urus penggiat industri di Kompleks Kerja Raya di sini pada Selasa yang turut dihadiri Fadillah.
Tambah beliau, cadangan itu juga mendapat persetujuan pemain industri yang hadir dalam sesi libat urus berkenaan.
Media baru-baru ini melaporkan industri pembinaan di Malaysia mencatat kerugian sebanyak RM11.6 bilion setiap bulan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuat kuasa di seluruh negara pada 18 Mac lalu.
Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Foo Chek Lee berkata, 29 peratus kerugian yang direkodkan itu disebabkan pengangguran dalam kalangan pekerja industri kerana projek pembinaan terpaksa dihentikan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#Fadillah Yusof
#Malaysia
#Media
#menteri
#Mustapa Mohamed
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan