awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu kluster baharu di Kuching, Lawas kini zon kuning COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
09:48 MYT
Satu kluster baharu di Kuching, Lawas kini zon kuning COVID-19
Justeru, Lawas kini diisytiharkan sebagai zon kuning COVID-19 selepas merekodkan pertambahan dua kes positif COVID-19 setakat ini. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan Kluster Abell sebagai kluster baharu COVID-19 di negeri itu.
Kluster ini melibatkan kawasan Pending dan Padungan di Kuching.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, kes indeks kepada kluster ini disahkan positif COVID-19 menerusi saringan kendiri di sebuah makmal perubatan swasta pada 10 November 2020.
“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
“Sehingga 13 November 2020, 70 individu telah disaring. Hasil saringan mendapati 14 individu positif COVID-19, 13 negatif manakala 43 individu masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Pertambahan ini menyaksikan negeri Sarawak kini merekodkan enam kluster aktif COVID-19.
Antara lain, Sarawak hari ini merekodkan pertambahan 13 kes positif dengan 12 kes di Kuching manakala satu kes di Lawas.
“11 kes di Kuching dikesan menerusi saringan kontak rapat kes positif dan satu kes dikesan menerusi saringan individu bergejala.
“Manakala satu kes di Lawas dikesan menerusi saringan sebelum pergi ke kawasan berisiko tinggi di Sabah,” tambah kenyataan sama.
Justeru, Lawas kini diisytiharkan sebagai zon kuning COVID-19 selepas merekodkan pertambahan dua kes positif COVID-19 setakat ini.
Terdahulu pada 12 November 2020, Lawas mencatat pertambahan satu kes positif COVID-19 yang dikategorikan sebagai kes import B melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang tiba dari Sabah pada 7 November 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#klsuter baharu di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kuching zon merah
#Lawas zon kuning COVID-19
#kes jangkitan tempatan di Sarawak
#kes import B di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan