awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu kluster baharu, lapan kes positif COVID-19 di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2020
09:59 MYT
Satu kluster baharu, lapan kes positif COVID-19 di Sarawak
Empat kes positif COVID-19 juga dikesan pada 22 dan 23 Oktober hasil saringan terhadap 68 kontak kepada kes indeks. FOTO: Astro AWANI
BAU:Satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Baki dikesan di Sarawak pada Sabtu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dalam satu kenyataan berkata, Kluster Baki dikesan di Kuching menerusi kes indeks ke-768 yang disahkan positif COVID-19 pada 18 Oktober lalu.
Selain itu, empat kes positif COVID-19 juga dikesan pada 22 dan 23 Oktober hasil saringan terhadap 68 kontak rapat kes indeks berkenaan.
"Kluster itu setakat ini terkawal dan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut dan pengesanan kontak lain kepada kluster ini sedang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk mengelak berlakunya penularan lebih serius.
"Pengesanan kes aktif (ACD) akan bermula pada 25 Oktober dan kita mohon kepada semua individu yang dihubungi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberi kerjasama,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan pertambahan lapan kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 780 kes.
Dalam pada itu, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan menjalankan operasi pengesanan kes aktif secara rapi di beberapa kawasan di negeri itu.
“Melihat kepada trend di Sarawak kita dapat saksikan lengkuk yang mendatar tetapi kita kena berhati-hati.
“Kita akan menjalankan operasi pengesanan kes aktif di beberapa kawasan. Ada satu dan dua kes yang memerlukan pengesanan kontak secara rapi, kita kesan kemudian pengasingan, itu yang akan kita fokuskan dahulu,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Agricop Di Singgai, Bau pada Sabtu.
Selain itu, Uggah juga menasihatkan agar rakyat Sarawak untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan tidak berkongsi berita palsu mengenai COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Kluster Baki
#kluster aktif
#Kuching
#JKNS
#JPBN Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#KKM
#Active Case Detection
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan