awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, ini lima perkara penting kenyataan JPBNS

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
19/07/2020
08:49 MYT
Satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, ini lima perkara penting kenyataan JPBNS
Sarawak merekodkan enam kes positif terbaharu COVID-19 menyaksikan kesemua kes direkodkan di Kuching. - Foto Facebook @ukascomms
Sarawak hari ini merekodkan satu lagi kluster baharu iaitu kluster Jeti di Pending melibatkan dua kes positif COVID-19.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes ke-584 dan kes ke-603 itu masing-masing melibatkan seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia.
Berikut merupakan lima perkara penting yang perlu anda tahu menerusi kenyataan dikeluarkan JPBNS hari ini.
1. Sarawak merekodkan enam kes positif terbaharu COVID-19 menyaksikan kesemua kes direkodkan di Kuching.
2. Jumlah ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak setakat ini meningkat kepada 607 kes.
3. Pengumuman kluster terbaharu ini menyaksikan Sarawak merekodkan tujuh kluster aktif setakat ini melibatkan kluster tapak pembinaan, kluster syarikat kejuruteraan, kluster Mambong, kluster pusat perubatan, kluster LNG Jupiter, kluster pasar Stutong dan kluster jeti.
4. Kluster Kidurong diisytiharkan tamat setelah 28 hari tiada kes COVID-19 terbaharu dilaporkan melibatkan kluster ini. Kes terakhir dicatatkan pada 6 Julai 2020.
5. Tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj di Sarawak kekal 554 kes bersamaan 91.27 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JPBNS
#kes positif
#Kluster baharu
#kluster Jeti
#Pending
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan