awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, ini lima tumpuan sidang media JPBNS

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/07/2020
11:44 MYT
Satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak, ini lima tumpuan sidang media JPBNS
JPBNS tetap melaksanakan kuarantin 14 hari bagi mana-mana individu dari luar negara yang tiba di Sarawak. -Gambar fail
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa memaklumkan pertambahan 11 kes baharu positif COVID-19 di negeri itu dengan kewujudan sebuah kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sentosa.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, empat individu dilaporkan positif dalam kluster ini.
Berikut merupakan lima perkara tumpuan yang perlu anda tahu:
1. JPBN Sarawak pada Selasa memaklumkan pertambahan 11 kes baharu positif COVID-19 di negeri itu. Tujuh di daerah Kuching, dua di Samarahan, satu di Bau dan Lundu
2. Terdapat sebuah kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sentosa. Empat individu terlibat. Kesemua mereka adalah kontak rapat tempat kerja kepada kes indeks iaitu kes ke-602 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020.
3. Setakat ini, lapan kluster yang masih aktif di negeri itu. Kluster Tapak Pembinaan (3 kes), Kluster Syarikat Kejuruteraaan (3 kes), Kluster Mambong (5 kes), Kluster Pusat Perubatan (3 kes), Kluster LNG Jupiter (3 kes), Kluster Pasar Stutong (3 kes), Kluster Jeti Kuching (2 kes) dan Kluster Sentosa (6 kes)
4. Ujian rT-PCR COVID-19 dijalankan di 53 tapak pembinaan di Miri.
5. Orang ramai disarankan menggunakan pelitup muka di tempat awam seperti pusat beli belah, pasar, restoran dan kedai runcit. JPBNS memberi kebenaran pemilik premis untuk tidak membenarkan mana-mana individu memasuki ruang perniagaan sekiranya tidak patuh kepada arahan tersebut.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#JPBNS
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan