awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas pelajar positif COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/10/2020
21:54 MYT
Satu lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas pelajar positif COVID-19
Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail ditutup sementara susulan seorang pelajarnya didapati positif COVID-19. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Sebuah lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas seorang pelajar disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani ketika dihubungi Astro AWANI berkata sekolah yang terletak di daerah Dungun itu ditutup selama lapan hari bermula Khamis hingga 15 Oktober.
Beliau berkata penutupan sekolah tersebut adalah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.
Penutupan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail itu menyaksikan sebanyak empat buah sekolah telah ditutup di negeri ini sejak Jumaat.
Terdahulu sebanyak tiga buah sekolah di daerah Kuala Nerus ditutup sementara disusuli Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Pada Selasa, bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman ditutup selama tiga hari hingga Khamis, manakala Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu turut mengambil tindakan yang sama bermula Rabu.
Topic Berkaitan
#sekolah ditutup
#Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
#koronavirus
#COVID-19
#Salim Ab Ghani
#Universiti Sultan Zainal Abidin
#UniSZA
#wisma darul iman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan