KUALA LUMPUR: Hanya satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala dua lagi ditamatkan.

Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara, satu lokaliti baharu ini membabitkan negeri Pahang, bermula 6 Oktober hingga 19 Oktober.

Lokaliti di Pahang yang dilaksanakan PKPD ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera.

Beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang pula ditamatkan PKPD iaitu Perumahan Ladang Felda Umas 6, Kalabakan, serta Kampung Baru Cenderawasih, Pekan.

Kesemua PKPD ini ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 6 Oktober.