awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu maut, enam cedera dalam kemalangan di Port Dickson

Bernama
Bernama
26/12/2020
04:49 MYT
Satu maut, enam cedera dalam kemalangan di Port Dickson
Muhamad Mustafah Hussin berkata, sebahagian daripada remaja berkenaan turut dibawa ke hospital sama manakala selebihnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. - Gambar Sinar Harian
PORT DICKSON:Seorang lelaki maut manakala enam remaja lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km13.8 Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran simpang Kampung Batu 7, Sungai Sendayan semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Phoon Swee Long, 41, manakala kesemua remaja berkenaan, dengan empat daripadanya cedera parah, berusia 19 tahun.
"Kejadian berlaku kira-kira 10.40 malam ketika kereta Honda Civic dipandu Phoon dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Unser dinaiki kumpulan remaja itu yang dalam perjalanan mendaki Gunung Datuk di Rembau," katanya dalam kenyataan.
Katanya Phoon disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.
Sebahagian daripada remaja berkenaan turut dibawa ke hospital sama manakala selebihnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#mendaki
#Seremban-Port Dickson
#Seksyen 41 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987
#hilang kawalan
#laluan bertentangan
#maut
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan