Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kampung Titi Batu, Batu 18, dekat sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.23 petang.
Katanya, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Iswara dan Proton Iriz yang bertembung di bahagian hadapan. Mohamadul Ehsan berkata, ekoran perlanggaran itu pemandu kereta Proton Iriz berusia 31 tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.
Sementara penumpang di sebelah pemandu Proton Iriz berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk.
Manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara pula yang berusia 19 hingga 21 turut parah di kaki dan tangan akibat tersepit.
Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan alatan khas untuk memotong besi sebelum kesemua mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan.
Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sementara mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.
Berbasikal | TSG terus cemerlang di Turki Khabar gembira dari sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) menang lagi di Turki...kali ini, menerusi kayuhan Carlos Quintero dan Metkel Ayob, sekaligus berjaya tamatkan kempen di Turki dengan cemerlang.
Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19 Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.
Penduduk Kampung Melayu Seelong terima air melalui projek Wakaf Air Pelaksanaan projek melibatkan penyambungan sistem retikulasi dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [9 Mac 2021] Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 9 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Malaysia muktamad terima 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech 2. Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19
Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN Berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.
Bola Sepak | Kedah belum tentu beraksi dengan Renan Alves Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah, walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Takzim pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021. Aidil turut berkongsi bersama wartawan, Shahrazad Sani tentang situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.
COVID-19 | WHO tidak sarankan pasport vaksin ketika ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19. Ini kerana wujud pertimbangan etika disebabkan ketidaksamarataan dalam pemberian vaksin ketika ini.
COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Lawatan Arab Saudi | PM tiba di Riyadh, disambut Putera Mahkota Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh malam selasa bagi meneruskan program lawatan rasmi di Arab Saudi. Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dari Madinah di Terminal Diraja disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman kira-kira jam 8.25 malam waktu tempatan.
Liga Malaysia | Penonton boleh kembali ke stadium Berita baik buat semua peminat sukan bola sepak tanah air apabila anda mungkin boleh kembali ke stadium tidak lama lagi. Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Seri Reezal Naina Merican menyatakan KBS bersama Liga Bola Sepak Malaysia, MFL bakal memberi usul "protokol pengurusan penonton" kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN bagi kelonggaran untuk penonton menyemarakkan arena bola sepak musim ini.
62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19 Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19.
'Frontliner' cedera parah, langgar tembok batu pembahagi jalan Mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.
Juruteknik maut alat pemadam api meletup Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.
Mayat berlumuran darah ditemui di bilik belakang sebuah rumah Mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di leher serta berlumuran darah ditemui tertiarap di bilik belakang sebuah rumah.
Penunggang motosikal maut dirempuh, diseret 10 meter atas lebuh raya Mangsa berusia 21 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Satu maut, lima parah kemalangan melibatkan dua kereta bertembung Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta bertembung di Kampung Titi Batu, Batu 18, Yan, Kedah.
Pengutip kotak maut terperosok di bawah MPV Seorang warga emas maut selepas terperosok di bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kejadian kemalangan di Sungai Petani pada Ahad.
4 nyaris maut kereta terhumban dalam longkang lebuh raya Terdapat empat mangsa dalam lingkungan usia 20-an. Tiga daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.
Serah kepada polis siasatan kes tahanan mati - Pengarah Penjara Kedah Jabatan Penjara Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung kes seorang tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Tiada unsur jenayah kematian tahanan Penjara Sg Petani - Polis Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Rabu mendapati R.Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.