KUALA LUMPUR: Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang termaktub pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Urusetia MA63; Jawatankuasa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan beliau sendiri akan membincangkan perkara MA63 berdasarkan topik, dan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang tidak melibatkan masalah undang-undang mahupun teknikal yang mendalam.
"Apabila diputuskan di peringkat teknikal, barulah ia dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan untuk kelulusan terakhir, supaya dibawa ke Kabinet dan akhirnya dibawa ke kementerian-kementerian untuk membuat pindaan kepada segala undang-undang berkaitan.
"Jadi proses itu masih panjang. Kita juga kena dapatkan persetujuan Kabinet, lepas itu dibawa ke Parlimen, dan Parlimen pula memerlukan persetujuan dua pertiga. Kalau tidak disetujui, maka ia tidak boleh lulus," katanya kepada pemberita selepas program temu bual Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata agihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak penting supaya Semenanjung tidak akan dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti yang termaktub dalam MA63.
"Mengapa kerusi 30 peratus mesti diagihkan kepada Sabah dan Sarawak, (kerana) kalau (pinda) Perlembagaan, ada perkara yang mesti diputuskan dengan dua pertiga, (dan) jika (negeri-negeri) Semenanjung semua bergabung nak batalkan hak Sabah dan Sarawak, ia boleh dilaksanakan di Parlimen tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak, sebab itu ia (komposisi kerusi bagi Sabah dan Sarawak) dituntut," katanya.
Selain tuntutan agihan kerusi Parlimen, beliau juga menjelaskan aspek penyerahan kuasa mengenai hal ehwal pendidikan dan kesihatan seperti yang termaktub dalam MA63 juga masih di peringkat perbincangan.
Berhubung slogan 'Sarawak First', Fadillah berkata ia diwujudkan bagi mengembalikan semangat rakyat Sarawak untuk membina serta membangun bersama Malaysia, dan meskipun wujud 'suara' untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia, kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk kekal dalam negara ini.
Menyentuh mengenai Malaysia Madani, Fadillah berkata konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja untuk mengukur pembangunan daripada aspek ekonomi serta fizikal, tetapi juga memberikan manfaat dalam konteks insaniah.
"Ia supaya (Malaysia Madani) menjadi satu budaya apabila pembangunan bukan sahaja daripada konteks fizikal tetapi bagaimana manfaatnya kepada konteks insaniah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Fadillah ketika hadir bagi sesi temu bual Program Naratif Khas terbitan Radio Televisyen Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur, malam tadi. -- fotoBERNAMA
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.
MA63: Autonomi pendidikan Sarawak dibawa ke MTP untuk persetujuan
Permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Banyak kejayaan dicapai kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.