awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat

Bernama
Bernama
28/09/2024
00:40 MYT
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun dibuka awal pagi tadi, menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga. - Foto APM Kubang Pasu
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 243 orang daripada 59 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 207 orang daripada 49 keluarga malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu.
Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka awal pagi tadi, menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah Pendang masih kekal seramai 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan SMK Pendang.
Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap melebihi paras bahaya.
Manakala Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu; Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap; serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar melebihi tahap waspada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#paras air sungai
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan