awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir

Bernama
Bernama
19/02/2025
00:15 MYT
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada sembilan individu warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi. - Gambar hiasan/APM
SEREMBAN: Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata mereka terdiri daripada sembilan individu warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.
"Hujan lebat sejak 10 malam tadi mengakibatkan banjir kilat di kawasan terlibat dengan ada rumah dinaiki air hingga paras pinggang. Setakat ini air belum surut, hujan masih renyai-renyai.
"Limpahan air sungai dan masalah sistem perparitan juga menyebabkan banjir berlaku di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba (10), polis (tiga), Jabatan Kebajikan Masyarakat (lima) dan wakil Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (dua).
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan