Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memaklumkan akan mempertahankan kedudukannya di dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti itu tahun ini.
Bagaimanapun beliau menafikan akan bertanding bagi jawatan naib presiden mahupun jawatan dua tertinggi parti tersebut.
“Saya rasa untuk kali ini setakat yang saya tahu tak ada lagi pergerakan untuk ada pertandingan bagi (jawatan) nombor satu dan nombor dua tetapi saya jangka akan ada pertandingan untuk naib presiden,” kata Saifuddin kepada Astro Awani.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh itu turut meramalkan akan ada sekurang-kurangnya dua atau tiga calon yang akan mencabar jawatan naib presiden.
“Tidak… saya hanya akan mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi dan Majlis Tertinggi pun dah terbuka. Biasanya kita ada 60 lebih orang calon, tetapi kali mungkin lebih sebab tidak ada kuota jadi sesiapa yang nak bertanding boleh mendaftar,” jelasnya.
Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan menyaksikan implikasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada 27 Jun berkata sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.
Jelasnya jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka.
Sementara itu, Saifuddin menyarankan agar Barisan Nasional (BN) melakukan tiga perkara bagi memperbaiki parti tersebut.
Katanya, yang pertama parti komponen yang tidak menunjukan prestasi yang baik disaran bergabung atau tubuhkan parti baru pelbagai kaum.
“Tetapi parti tersebut mestilah parti pelbagai kaum yang sebenar dan bukannya seperti Gerakan ataupun PPP yang pelbagai kaum tetapi (hakikatnya) tidak pelbagai kaum,” kata beliau.
Yang kedua, katanya BN perlu menukarkan budaya politiknya iaitu ‘berhijrah’ dari politik lama kepada politik baru.
Yang ketiga, kata Saifuddin BN perlu tahu bahawa maksud ‘mendekati masyarakat Cina’ bukan bermaksud ‘memberi lebih’, tetapi ia bermakna mereka mahukan tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bertanggungjawab.
Haider Yutim
Thu Jul 25 2013
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.