Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif berkata beliau akan menunaikan kewajipan dengan segala upayanya seperti dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
"Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya menerusi aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai pelantikanya itu.
Dalam kenyataan hari ini, Md Raus juga berkata beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifn Zakaria bagi memastikan Badan Kehakiman Malaysia terus cemerlang.
Md Raus, 66, ialah Ketua Hakim Negara ke-14 menggantikan Arifin yang bersara selepas mencapai usia 66 tahun dan enam bulan, semalam.
Umur persaraan bagi hakim ialah 66 tahun. Bagaimanapun, perkhidmatan Arifin dan Md Raus telah dilanjutkan selama enam bulan.
Perkhidmatan Md Raus telah dilanjutkan dari 4 Feb, 2017 kepada 3 Ogos tahun ini.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan mengikut Klausa (1), Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan itu, Sultan Muhammad juga berkenan atas pelantikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Md Raus.
Kenyataan itu berkata hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, menggantikan Zulkefli.
Md Raus dilahirkan pada 4 Feb, 1951 di Rembau, Negeri Sembilan dan mendirikan rumanhtangga dengan Puan Sri Salwany Mohamed Zamri. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak.
Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin.
Md Raus menamatkan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), lpoh, Perak. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1976.
Beliau adalah kumpulan perintis pelajar undang-undang Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics pada 1987.
Kerjaya cemerlang Md Raus dalam bidang perundangan bermula pada 1976 apabila dilantik sebagai pegawai yang dipinjamkan ke Mahkamah Majistret di Court Hill dan kemudian di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selepas beberapa bulan, beliau dilantik sebagai Majistret dan ditukarkan ke Pontian, Johor.
Beliau kemudian berkhidmat dalam Perkhidmatan kehakiman dan Perundangan dengan menyandang jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan dan Terengganu, Penasihat Undang-undang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Kelantan dan Peguamcara Perbendaharaan Kementerian Kewangan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Nov 1994.
Pada 12 Jan 1996, beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Semasa tempoh pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau berkhidmat di Shah Alam, Muar, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di Bahagian Dagang, Sivil (Mahkamah Keluarga) dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.
Beliau diangkat ke Mahkamah Rayuan pada 28 Julai, 2008 dan selepas itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 14 Okt, 2009.
Pada 12 Sept, 2011, Md Raus dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengalu-alukan pelantikan Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
Beliau berkata Md Raus layak menyandang jawatan itu dan dari segi kekananan, beliau berada dalam senarai untuk kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.
Mohamed Apandi berkata Md Raus merupakan graduan lulusan undang-undang yang pertama dari universiti tempatan untuk menduduki jawatan terhormat itu.
"Saya mengucapkan tahniah dengan seikhlasnya. Saya gembira atas pelantikan itu baginya dan Badan Kehakiman dan yakin beliau akan mempertahankan imej cemerlang Badan Kehakiman dari segi integriti dan produktiviti," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Md Raus. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
Md Raus berkata beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifn Zakaria bagi memastikan Badan Kehakiman Malaysia terus cemerlang. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.
Kes dadah paling tinggi direkodkan di Kelantan tahun lepas - Tengku Maimun
Kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara - Azalina
Laporan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Mohd Khairul selepas mendapati perkara itu kini bersifat akademik.
Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes membabitkan tokoh-tokoh dan personaliti tertentu.
"Badan kehakiman tiada agenda lain, selain menegakkan undang-undang" - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan badan kehakiman di negara ini tiada agenda lain selain menegakkan undang-undang.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.