awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

Saya akan umumkan banyak perkara malam ini - Zahid Hamidi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/12/2017
02:14 MYT
Saya akan umumkan banyak perkara malam ini - Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan merasmikan perhimpunan tiga sayap malam ini di Dewan Merdeka, PWTC - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
"Banyak, saya akan umumkan malam ini," itu indikasi yang diberikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perasmian Sayap Pergerakan Wanita dan Pemuda, Perhimpunan Agung UMNO Ke-71 malam ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya jika terdapat sebarang pengumuman menjelang perasmian sayap tersebut.
Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dijadual merasmikan buat kali kedua Perhimpunan Agung UMNO bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Beliau ditemui Astro AWANI selepas merasmikan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO Ke-71 di Dewan Tun Abdul Razak 4, PWTC tadi.
Perwakilan tiga sayap dijadual membahaskan usul masing-masing bermula esok.
Topic Berkaitan
#Naib Presiden UMNO
#pemuda
#Pemuda UMNO
#Pergerakan Sayap
#perhimpunan
#Perhimpunan Agung UMNO
#Puteri
#Puteri UMNO
#PWTC
#UMNO
#wanita
#Wanita UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.