awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya akur kepada arahan kerajaan - Dr Na'imah

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2014
03:55 MYT
Saya akur kepada arahan kerajaan - Dr Na'imah
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak akur kepada keputusan kerajaan dengan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata mStar Online. Menurut Dr Na’imah, sebagai seorang penjawat awam beliau menurut arahan kerajaan dan menerima keputusan tersebut. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai penggantungan tugasnya. "Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab," katanya ketika dihubungi portal berita itu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan penggantungan tugasnya sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan penggantungan tugas itu pada Jumaat. Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh turut digantung tugas. Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR telah dibatalkan, manakala kertas peperiksaan Sains ditangguhkan ke tarikh 30 September.
Topic Berkaitan
#Dr Naimah Ishak
#Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
#penggantungan tugas
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan