KUALA LUMPUR: Selepas mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, Khairy Jamaluddin mengakui beliau bimbang memikirkan masa depan kerjaya politiknya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, sehingga sekarang beliau masih belum mempunyai kawasan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang.

"Concern saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia (ADAMS), di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, belum ada keperluan untuk menamatkan arahan kuarantin kendiri dalam kalangan individu disahkan positif COVID-19.

Katanya, arahan sedia ada seperti termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih terpakai, selagi tiada perkembangan terbaharu diumumkan kerajaan.

"Pemakaian arahan sedia ada perlu dikekalkan, biarpun ada negara luar yang dikatakan sudah tidak menguatkuasakan perintah sedemikian," ujarnya. 

Terdahulu, Khairy ketika berucap memberitahu pelancongan kesihatan merupakan sektor yang penting untuk pembangunan dan kelestarian ekonomi.

"Saya percaya jika kita terus meneroka sektor ini melalui acara sebegini, kita pasti dapat membangunkan idea dan kemahiran dalam kalangan para pengamal perubatan selain melonjakkan nama Malaysia di Asia Tenggara.

"Saya yakin ADAM akan menjadi platform terbaik untuk melengkapkan pemain industri tempatan dengan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menjulang Malaysia dalam perubatan estetik," ujarnya.