Bakal Menteri Kewangan, Lim Guan Eng lebih selesa menganggap dirinya sebagai seorang berbangsa Malaysia.
Dalam sidang media pengumuman tiga menteri Kabinet sebentar tadi, Guan Eng yang menjawab soalan daripada seorang pengamal media dari China, menegaskan, biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang Malaysia.
"Kami semua di sini orang Malaysia, tanpa mengira warna kulit atau agama. Apa yang penting adalah memberi khidmat kepada rakyat," katanya.
Mengulangi janji yang dilaungkan Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya, Guan Eng akan memastikan kementeriannya menilai kembali kesemua projek yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
GALERI FOTO: Wajah-wajah Menteri Kewangan dari tahun 1957-2018
BACA: PM umum Menteri, Guan Eng Menteri Kewangan, Mat Sabu Pertahanan, Muhyiddin KDN
"Fokus paling besar tentu sekali membantu meringankan beban golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Saya akan memastikan hak rakyat Malaysia terjamin, peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat juga dijaga.
"Antara cara yang sedang difikirkan seperti menghapuskan GST, mengekalkan BR1M dan mengawal harga minyak. Semua itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri nanti," katanya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan tiga Menteri dalam Kabinet baharu pentadbiran beliau di satu sidang media khas di ibu pejabat Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling hari ini.
Selain Guan Eng yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, turut diumumkan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Mohamad Sabu (AMANAH) sebagai Menteri Pertahanan.
Madiha Abdullah
Sat May 12 2018

Lim Guan Eng janji beri fokus kepada usaha meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Cukai barangan mewah bukan alternatif kepada GST - Kementerian Kewangan
Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, bukanlah alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kerajaan disaran perkenal semula GST dengan kadar munasabah untuk perkukuh pungutan hasil
Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula GST dengan kadar yang munasabah bagi meluaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kerajaan tidak bercadang perkenal semula GST, hanya dipertimbang setelah ekonomi kukuh
Pada masa ini, rakyat sedang dalam fasa pemulihan pasca krisis COVID-19 serta menghadapi cabaran kos sara hidup.

GST tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat, pendapatan minimum rakyat rendah - PM
Cukai berkenaan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pendapatan minimum rakyat meningkat.

Tak kan 174 negara silap sebab buat GST? - Ahmad Maslan
Bagaimanapun, beliau menjelaskan pelaksanaan cukai itu pada tahun ini tidak diperkenalkan seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

Beban beg murid, GST tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Menteri Pendidikan dijangka menyatakan penyelesaian masalah untuk meringankan beban beg dalam kalangan murid.

Kerajaan masih ada ruang kawal perbelanjaan negara - Rafizi
Kerajaan masih ada ruang untuk mengawal perbelanjaan negara terutama perbelanjaan pembinaan supaya lebih berhemah dan lebih tepat dengan perancangan.

Anwar ulangi pendirian kerajaan belum cadang laksana semula GST
Sistem cukai itu tidak akan dilaksanakan kerana cabaran ekonomi dijangka dihadapi pada 2023 iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi serta kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

Rafizi tidak tolak kemungkinan GST dilaksana semula
Pelaksanaan semula GST seharusnya bersifat lebih progresif, kata Menteri Ekonomi.