awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya dah lihat gambar dekat dan..."- Ras Adiba teliti gambar wanita mirip Zalina Azman

Gempak
Gempak
22/07/2022
09:39 MYT
"Saya dah lihat gambar dekat dan..."- Ras Adiba teliti gambar wanita mirip Zalina Azman
Sejak kehilangan Zalina tersebar di berita semasa dan media sosial, Ras Adiba belum pernah berhenti mencari sahabatnya itu. - Gempak
BEKAS personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi meneliti sendiri gambar wanita yang dikatakan mirip rakan baiknya Zalina Azman yang hilang.
Ras Adiba mengesahkan ia bukan Zalina yang merupakan pengacara program bual bicara berbahasa Inggeris terkenal masa dulu itu.
“Maaf wanita di gambar sebelah kanan ini bukan Zalina Azman.
“Saya dah lihat gambar dekat dan ianya bukan dia,” tulisnya.
Ras Adiba berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini itu dia memuat naik foto wanita yang dikatakan mirip rakannya itu bersebelahan dengan gambar Zalina.
Sejak kehilangan Zalina tersebar di berita semasa dan media sosial, Ras Adiba belum pernah berhenti mencari sahabatnya itu.
Namun begitu, selepas tiga malam misi menjejaki teman baiknya itu dilancarkan, belum ada petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan Zalina.
BACA: Enam ahli keluarga Zalina Azman dirakam percakapan
BACA: Telefon bimbit Zalina Azman kali terakhir dikesan aktif pada 20 Nov
Kehilangan Zalina atau nama sebenar, Zalina Shaharah Azman hangat diperkatakan selepas tersebar berita polis menerima laporan anak lelaki Zalina, Mikhael, 33, mengenai kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.
Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.
View this post on Instagram
A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Ras Adiba Radzi
#hilang
#Instagram
#Zalina Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan