SELEPAS kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada Ahad lalu, Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminat dengan mengumumkan persaraannya dari sukan MMA.
Juara lightweight UFC itu mendedahkan, keputusan tersebut diambil kerana telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje adalah pertarungannya yang terakhir.
Selain itu, Khabib, 32, turut berkata dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisi.
Sungguh pun begitu, ada yang bertanggapan bahawa keputusan itu dibuat atas emosi semata-mata, kerana pada ketika itu Khabib amat teringatkan ayahnya.
Malah, jurulatih Khabib, Javier Mendez turut mengakui tidak mengetahui mahupun dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Terbaharu, Presiden UFC Dana White ketika mengulas mengenai persaraan Khabib, berkata dia yakin bahawa bintang dari Rusia itu akan kembali untuk satu lagi perlawanan.
Khabib sebelum ini memberitahu, adalah menjadi impian ayahnya untuk dia mencapai rekod 30 kemenangan tanpa kalah (30-0).
“Saya ingin beritahu kamu, dan saya belum beritahu sesiapa lagi, tetapi Khabib dan saya ada berbincang.
“Dia sememangnya sangat beremosi pada malam selepas pertarungan itu. Saya dapat merasakan, dia akan kejar juga (rekod) 30-0,” kata White menerusi temubual di rancangan Zach Gelb Show.
“Ya (saya rasa dia akan kembali). Saya rasa dia tidak akan bersara. Ayahnya (Abdulmanap) mahu dia capai sasaran 30-0 dan saya rasa dia mahu menghormati permintaan ayahnya itu,” katanya lagi.
Bagaimanapun, persoalannya jika Khabib kembali, dengan siapa dia bakal bertarung?
Jika dilihat pada kemahuan Khabib, impiannya adalah untuk bertarung dengan bekas juara berganda UFC, Georges St-Pierre.
Namun, bagi peminat pula ramai yang mahukan Khabib untuk akhirnya bertemu dengan Tony Ferguson, kerana pertarungan mereka sudah lima kali dibatalkan.
Selain itu, ada yang juga tidak menolak kemungkinan untuk Khabib mengadakan pertarungan semula (rematch) dengan ‘seterunya’ iaitu Conor McGregor selepas pertembungan mereka pada UFC 229 dahulu yang telah mencetuskan persengketaan di antara dua jaguh tersebut.
Walau apa pun segala keputusan tertakluk kepada Khabib serta rundingannya dengan UFC dan juga perbincangan dengan keluarganya sendiri.
BACA: Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
BACA: Alhamdulillah... Khabib kini sah petarung 'pound-for-pound' nombor satu UFC
BACA: UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan
BACA: 'Sekarang masa untuk fikir tentang kesihatan' - Khabib tarik diri bertarung dengan Ferguson?
Dalam aksi UFC 254 pada Ahad lalu, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.
Acara yang berlangsung di UFC Fight Island di Abu Dhabi itu menyaksikan Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dengan 29 kemenangan tanpa kalah (29-0).
Khabib turut mengambil alih tempat pertama dalam ranking ‘pound-for-pound’ UFC, menggantikan petarung Amerika Syarikat, Jon Jones yang kini di tempat kedua.
Haider Yutim
Fri Oct 30 2020
Bagi peminat, ramai yang mahukan Khabib untuk akhirnya bertemu dengan Tony Ferguson, kerana pertarungan mereka sudah lima kali dibatalkan. - Gambar fail
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.
UFC, WWE bakal bergabung, bentuk syarikat gergasi bernilai AS$21.4 bilion
Menerusi gabungan itu, Endeavour Group Holdings Inc akan memegang 51% kepentingan sementara WWE memperoleh baki 49% kepentingan.
"Khabar angin itu benar" - Hasbulla sahkan bakal bertarung dalam UFC
UFC ketika ini tidak mempunyai kelas berat 40 paun, justeru ramai yang mempersoalkan bentuk pertarungan yang dimaksudkan Hasbulla.
UFC 274: Oliveira tundukkan Gaethje, gelaran lightweight kini untuk rebutan
Charles Oliveira menundukkan Justin Gaethje dari Amerika Syarikat menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 3:22 pusingan pertama.
UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight
Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok.
'Akhirnya berbaloi' - Insiden Will Smith tampar Chris Rock cetus komen Presiden UFC!
Insiden Will Smith menampar Chris Rock pada Anugerah Oscar bukan sahaja menjadi perbualan di seluruh dunia, malah ia turut mendapat perhatian Presiden UFC Dana White.
UFC: Islam Makhachev mahukan 'title fight' selepas kemenangan mudah ke atas Bobby Green
Islam Makhachev mencatatkan kemenangan kesepuluhnya dalam UFC, selepas menewaskan Bobby Green dari dalam acara utama UFC Vegas 49 pada Ahad.
UFC 271: Tewaskan Whittaker kali kedua, 'Izzy' Adesanya kekalkan takhta middleweight
JUARA middleweight UFC Israel Adesanya berjaya mengekalkan kejuaraan yang disandangnya selepas menewaskan Robert Whittaker dalam acara utama UFC 271 pada Ahad.
UFC 269: Julianna Pena cipta kejutan, rampas kejuaraan dari Amanda Nunes
Julianna Pena menumpaskan Amanda Nunes itu menerusi kuncian rear naked choke pada minit 3:26 pusingan kedua.