awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan

Haider Yutim
Haider Yutim
24/10/2020
21:15 MYT
UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan
Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje. - Foto Instagram/@UFC
KHABIB Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje sebentar tadi.
Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad, bintang sensasi dari Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.
Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.
Ia disusuli dengan kuncian ‘triangle choke’ yang membuatkan Gaethje ‘tap out’ dan kemudian tidak sedarkan diri untuk seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.
Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight ini melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.
Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan MMA.
BACA: Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
BACA: Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia
"Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.
"Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
"Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya," katanya.
Ini merupakan kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Dia kemudiannya menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu pada acara UFC 242 pula.
Topic Berkaitan
#UFC
#UFC 254
#Khabib Nurmagomedov
#Justin Gaethje
#lightweight
#UFC Fight Island
#Abu Dhabi
#Yas Island
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan