KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood ada menceritakan kepadanya mengenai Bella terkena tumpahan air panas daripada termos ketika remaja perempuan sindrom Down itu bergaduh dengan penghuni lain yang dikenali sebagai "Balqis".
Norhazira Masling, 35, rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali berkata perkara itu dinyatakan oleh Yasmin yang merupakan saksi pendakwaan kelima ketika mereka berada dalam sebuah kereta sebelum masuk ke kawasan parkir di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Julai 2021.
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun berkenaan.
Mohammad Farhan: Apa yang dia (Yasmin) beritahu puan mengenai kejadian yang berlaku pada Bella?
Norhazira: Saya minta Yasmin memberitahu perkara sebenar dan jangan menipu. Yasmin menyatakan Bella terkena air panas dari termos selepas Bella dan Balqis bergaduh serta berlari-lari sehingga termos itu terbuka dan terbalik. Kejadian itu menyebabkan air mengalir lalu terkena belakang badan Bella.
Saksi itu berkata Yasmin kemudian menghubungi "bonda" iaitu Siti Bainun sebelum menarik Bella masuk ke tandas dan menyiram air sejuk pada badan Bella yang terkena air panas.
Norhazira, seorang jururawat berkata tiada individu lain bersama mereka semasa perbualan antaranya dengan Yasmin mengenai insiden Bella terkena air panas itu.
Katanya Yasmin serta dua lagi penghuni rumah itu iaitu Balqis dan Aida kerap mengadu mengenai Bella yang suka mengganggu kanak-kanak lain di kondominium berkenaan.
Menurutnya, dari awal melihat Bella membuatkan dia berasa tidak sedap hati dan bimbang Siti Bainun sukar menguruskan remaja itu yang menghidap sindrom Down.
"Sejujurnya dari hati, saya pernah cakap dekat Siti Bainun hantar Bella balik sebab dia mungkin tidak macam anak-anak yang lain tapi Siti Bainun cakap sayang," katanya.
Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Norhazira tidak bersetuju bahawa keterangannya di mahkamah hari ini adalah penipuan dan rekaan semata-mata demi menyelamat Siti Bainun.
Sementara itu, saksi pembelaan ketiga yang juga rakan tertuduh, Noor Marliana Ramlee, 28, berkata beliau menganggap Siti Bainun seperti kakaknya selain menyifatkan pengasas rumah kebajikan itu seorang yang sayangkan kanak-kanak dan suka membantu orang.
Mengenai kejadian Bella terkena air panas, Noor Marliana berkata beliau tidak melihat kejadian itu sebaliknya hanya mengetahuinya selepas Yasmin menghubungi Siti Bainun yang menyatakan Bella terkena air panas.
"Selepas Yasmin memaklumkan mengenai kejadian itu, saya dan Siti Bainun terus pulang ke kondominium dan saya cuma nampak ada merah-merah pada badan Bella. Siti Bainun kemudian letak krim atau aloe vera pada badan Bella yang merah-merah," katanya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.
Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.
Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.