KUALA LUMPUR: “Kalau dalam sukan, saya sertai dekatlon. Dekatlon ini ada sepuluh acara.”

Demikian perkongsian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dalam program bual bicara Keluar Sekejap yanag menceritakan serba sedikit latar belakang dirinya.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin yang bertanya adakah beliau “all-rounder”, Pengarah Pilihan Raya Pas itu secara berseloroh menyatakan beliau adalah seorang “all-rounder”.

“Dalam acara sukan, Tahun 1 sampai Tahun 4 (di universiti), pingat emas itu ada tiga pada saya. Dekatlon ada 10 acara. Itu maknanya ‘all-rounder’. Melompat boleh, berlari boleh, merejam boleh. Hang nak apa lagi?

“Itu dalam bidang sukan. Kalau dalam kehidupan pun, saya boleh buat rumah, saya boleh ikat bata. Sekarang pun boleh," katanya.

Celah Khairy, “Masa LIMA, pakai baju nombor satu Laksamana Tentera Laut, masih lagi aktif?" 

“Masih aktif. KJ pun dah berhenti,” kata Sanusi sambil disambut ketawa Khairy.