Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid mengakui kekurangan dana sekurang-kurangnya RM40,000 untuk menjadi rakyat pertama negara yang menawan puncak Gunung Himlung, Nepal.
Katanya, dia memerlukan dana yang cukup bagi menampung kos pendakian yang dijadual bermula pada awal September depan.
"Saya kekurangan dana dalam misi pendakian yang akan mengambil masa selama 40 hari ini.
"Apa yang ada sekarang hanya sedikit dana hasil sumbangan kawan-kawan serta saudara terdekat. Musim pendakian akan bermula pada awal September dan berakhir pada akhir Oktober," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Khairil Aslan, 41, melakar sejarah apabila berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu, Nepal pada 20 Disember lepas.
Anak jati Batu Kurau, Taiping itu memberitahu ia merupakan misi membawa nama negara ke persada pendakian dunia untuk meneruskan misi paling besar iaitu menjadi Muslim pertama dunia dan pendaki kedua dunia dalam misi Grand Slam.
Sebelum ini, Khairil Aslan mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak untuk merealisasikan impiannya mendaki tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun.
Jelasnya, perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan misi mencabar itu mencecah jutaan Ringgit.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini memberitahu, Khairil Aslan dijadikan ikon anak muda negeri itu sebagai usaha membakar semangat golongan muda untuk terus berusaha mencipta kejayaan
Jelasnya, kejayaan Khairil Aslan itu harus dicontohi golongan muda terutama semangatnya yang tidak mudah mengalah ketika mahu mencapai matlamat misi berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Tue May 24 2016
Khairil Aslan, 41, melakar sejarah apabila berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu, Nepal pada 20 Disember lepas. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Nepal jangka kedatangan ratusan pendaki meskipun masih dalam pandemik
Lebih daripada 300 warga asing sudah menyatakan minat untuk mendaki Gunung Everest pada musim bunga nanti.
Pemanasan global: Mayat pendaki Gunung Everest yang hilang kini 'muncul'
Bekas Pendaki Gunung Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata, penemuan mayat-mayat yang hilang itu adalah disebabkan perubahan iklim yang berpunca daripada salji dan glasier yang mencair dengan pantas.
Bas sekolah terjun gaung, 30 termasuk kanak-kanak maut di India
Menurut Menteri Pengangkutan Himachal Pradesh, Govind Singh Takur, tiga orang dewasa turut terbunuh dalam kemalangan tersebut.
62 pengamal media, bomba berjaya cipta sejarah ke Annapurna Base Camp
Misi Cabaran Annapurna Base Camp 2017 itu juga melakar sejarah sebagai kumpulan terbesar melibatkan peserta dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tarik tayar 322km bukan untuk cari glamor - Khairil Aslan
Masyarakat mungkin menganggap menarik tayar dengan bebanan 30 kilogram sejauh 322 kilometer dari Bangi ke Taiping adalah kerja gila.
'Saya kurang RM40,000 untuk tawan Gunung Himlung' - Pendaki solo
Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid mengakui kekurangan dana sekurang-kurangnya RM40,000 untuk menjadi rakyat pertama negara yang menawan puncak Gunung Himlung, Nepal.
Tawan tiga puncak Himalaya: 'Reda jika temui ajal demi negara' - Khairil Aslan
Pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rasid yang berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu dalam tempoh sebulan sanggup meninggalkan keluarga atau menemui ajal demi mencipta nama untuk negara.
Pendaki solo berjaya tawan tiga Puncak Himalaya di Nepal
Pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rasid melakar sejarah apabila berjaya menawan tiga puncak Himalaya di Kathmandu, Nepal pada 20 Dis lepas.
Pesawat Turkish Airlines tersasar landasan sewaktu mendarat di Nepal
Sebuah pesawat Turkish Airlines hari ini berdepan detik cemas apabila tersasar dari landasan sewaktu mendarat di lapangan terbang Kathmandu, Nepal dan berakhir di kawasan rumput.