SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak sanggup untuk menzalimi dan menfitnah mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang terpalit dengan siasatan mahkamah.
Presiden PKR, yang juga Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau pernah melalui pengalaman getir tersebut, dan mahu menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi PH sekali lagi menyatakan bahawa beliau akan terus menentang perbuatan merompak kekayaan dan rasuah .
"Saya nak pastikan dana itu tidak boleh dicuri dan diambil terus. Apa yang mereka bawa ini, satu khianat, tuduhan palsu... Saudara, saya tak sanggup buat khianat. Saya tak sanggup fitnah orang kerana saya pernah lalui getir yang sangat sukar.
"Saya mahu di umur ini dengan kepayahan yang berlaku itu, sebagai peringatan dan pengajaran untuk memastikan tidak ada kezaliman kepada sesiapa termasuk tokoh-tokoh pembangkang.
"Tetapi jangan cari alasan dan guna alasan seolah-olah pembangkang tidak boleh didakwa kerana apa yang disiasat sesuatu yang mengejutkan. Tetapi itu urusan di mahkamah nanti," katanya pada sesi penggulungan Kongres Nasional Khas 2023, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata siasatan yang dijalankan ketika ini didakwa daripada fail-fail yang disemak dari Kementerian Kewangan (MoF), yang disifatkan wujud kecelaruan dan tidak ikut peraturan.
Setakat ini, antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang didakwa ialah Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.
Selain itu, dua lagi pertuduhan sebagai Presiden Bersatu yang telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.
Bekas Perdana Menteri itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta yang dimasukkan ke akaun Parti Bersatu.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 18 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak sanggup untuk menzalimi dan menfitnah mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang terpalit dengan siasatan mahkamah. - Foto BERNAMA

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023 disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah jangkaan kelembapan dalam permintaan luar.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Masa untuk kembalikan pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.

PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People, di sini petang ini.

Lelaki warga emas didakwa perdaya dua lelaki
Mohd Logan Abdullah mengaku tidak bersalah atas kertas pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

PM Anwar akan umum hasil lawatan ke China
Kerajaan dijangka mengumumkan tiga kemajuan besar yang dicapai hasil lawatan rasmi empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Malaysia beri keutamaan kepada China kerana 'ekonomi raksasa' - PM Anwar
Malaysia dan China juga mempunyai hubungan dagangan yang baik dan memiliki hala tuju yang tidak menimbulkan sebarang masalah.

Lawatan rasmi: PM Anwar tiba di Beijing
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing, bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.